KENYATAAN AKHBAR LABS LABUAN BIG SHOW 2.0 (Malay)

Labuan Big Show

Kenyataan Media & Pernyataan Labuan Big Show 2.0 (Malay)

Kami ingin mengucapkan berbanyak banyak terima kasih kepada Perbadanan Labuan kerana melibatkan kami dalam Kalendar Acara Labuan 2024. Dengan rendah diri kami ingin mengumumkan Labuan Big Show 2.0 akan berlangsung dari 3 Mei hingga 5 Mei 2024. sebagai salah satu acara utama di rantau ini, Labuan Big Show 2.0 dijamin akan menjadi “FUN, BIGGER, BETTER.”

Labuan Big Show 2.0 akan menampilkan pelbagai tarikan dan aktiviti yang mengujakan, termasuk “Tethered Hot Air Balloon ride”, Cold Inflation Balloon, Glow Night Balloon Show, Family Theme Park, Fun Sports Event , Day & Night Market, Pesta Makanan, Arts & Culture Music Concert, Pocket Show, dan lebih banyak lagi kejutan yang akan diumumkan. Para pengunjung boleh mengambil pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Dengan kerjasama dari AKA BALLOON SDN BHD, yang menjayakan Festival Belon Udara Panas Putrajaya & Pulau Pinang, ia nya membawa kepakaran dan inovasi untuk bersama Labuan Big Show 2.0 untuk memikat lebih dari 50,000 pengunjung dari rantau Borneo, BIMP-EAGA (Brunei Darussalam–Indonesia–Malaysia–Philippines East ASEAN Growth Area), Semenanjung Malaysia, dan Asia Tenggara, dengan memposisikan Labuan sebagai destinasi pelancongan utama di rantau ini.

Kerjasama ini menambah lagi kemeriahan kepada acara yang sudah penuh dengan tujuan dan maksud dalam Kalendar Acara Labuan 2024.

Adalah menjadi harapan kami yang ramai akan hadir dan sama sama menjayakan Labuan Big
Show 2.0.

Siaran Akhbar & Kenyataan ini juga boleh didapati di Bernama.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.labuanbigshow.com atau ikuti kami di saluran media sosial rasmi LABS Labuan Big Show di Facebook, Tiktok & Instagram. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, kami sedia membantu.

Terima Kasih.

Yang Benar,
ARMAN RAYMOND
Labuan Big Show Project Director
+6 013 870 6601

Email: reachout@87000.my | Website: www.87000.my
CONNECT with Us!
Ejump Zamrie Jeffre | +60 16 585 5801
Eugene Teo | +60 11 5139 6279
DJ Ralf | +60 11 3696 9754

Spread the love